Tuesday, December 13, 2011

~ Jodoh Dari Allah ~



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita,disepanjang jambatan ia dipenuhi dengan cabaran dan dugaan. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita itu dalam doa2 selepas sembahyang. insyallah Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right & Mrs Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki @ wanita yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dgn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga.... semoga Allah mempermudahkan Jodoh kita semua... Amin..:) 



Nota Kaki : Korg x yah risau..lambat cepat semua dh tersurat..kalau xder pun kat dunia nie pon xper..kat akhiratkan ada bahagian...wink!.. :D

Monday, December 12, 2011

Kita masih ada Allah...


Kadang-kadang, kita mendengar keluhan di kalangan kawan-kawan,


“yerla, kau tu dah ada orang minat, dah ada orang beri semangat, dah bertunang, aku ni je yang masih single, aku ni tak hensem / jelita”.


Kalaulah hensem / jelita itu ukuran kebahagiaan, namun banyak juga kebahagiaan yang hancur angkara kedua-duanya. Cinta tidak pernah memilih bulu untuk memenuhi jiwa kerana ia adalah 'seni' Tuhan ...yang Maha Adil.

Usahlah bersedih dan mengeluh,

Lupakah kita bahawa dulu kita pernah berjuang bersendirian ketika di alam janin sehingga kita dilahirkan juga bersendirian tanpa seurat benang.
Siapakah yang beri kita kekuatan di saat sekerdil itu ?
Siapakah yang memberi kita kehangatan di saat melihat dunia kesejukan tanpa berpakaian ?
Apakah puting susu ibu itu pernah kering untuk memberi kita makan, sedangkan bila ditoreh anehnya ia mengeluarkan darah. Siapakan yang menciptakan keajaiban ini kalau bukan DIA ?

Nah ! Kalau kita pernah jaguh ketika selemah bayi untuk meneruskan hidup kerana bantuan Tuhan, maka atas alasan apa untuk kita ‘mati’ di saat gagah dewasa.

Tuhan itu,
Tak pernah ‘kekeringan idea’ untuk terus memberi kita semangat dan kekuatan.
Tak pernah meninggalkan kita di kala kesepian.

Kita tidak menafikan naluri keperluan cinta manusia yang sekadar meminjamnya, tapi ketiadaannya bukan bererti pemula sebuah derita. Kerana semenjak kita tahu Pemilik Cinta itu adalah Tuhan yang Maha Ada, maka mengapa perlu ada noktah untuk kita terus semangat dan bahagia.

Sekalipun kita masih gagal setelah berusaha bersungguh-sungguh mencari pasangan , bukan bermakna Allah tidak mampu menganugerahkan kepada kita dari jalan-jalan yang tak pernah kita sangka. Bahkan momentum ‘surprise’ itu lebih menjanjikan berjuta-juta lemon kebahagiaan.



Nota kaki : Kalau kita hidup untuk Tuhan, maka atas alasan apa untuk kita mati kerana Tuhan tidak pernah berkesudahan.

Sunday, December 11, 2011

Paku Di Dinding Hati..



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.




Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang di gunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.


Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.


Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.


Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.



     "Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Nota kaki : Untuk membiarkan sesuatu tanpa di bicarakan atau berkata benar walaupun hakikatnya pahit... Berada di tengah-tengah dilema antara dua, yang bisa membuat kan kita untuk melakukan salah satu daripadanya atau kedua-dua nya....

Tuesday, December 6, 2011

~ Janganlah Buruk Sangka Kepadanya... ~


                                 @@~ Sekadar memperingati diri yang sering lupa ~@@
Saya pun,
ada benda saya mahu, Allah tidak beri.
Saya pun,
ada benda yang saya inginkan keadilan, saya tidak perolehi.


Saya juga dicerca,
dan tiada pula yang mohon kemaafan dan menebus salah.
Saya juga difitnah,
dan tiada pula yang mohon kemaafan membersihkan tanggapan yang salah.

Memanglah saya bukan orang yang rapat dengan kalian,
hanya mampu berpesan: "Sabarlah, Yakinlah."
Tetapi janganlah menyangka saya tidak memahami,
apa yang kalian lalui.

Kalaulah kalian tahu apa yang saya hadapi,
apa yang saya minta dan Allah tidak beri,
pasti tangisan kalian akan terhenti.
Kerana kecilnya ujian yang kalian hadapi.

Tetapi saya masih sabar dan percaya.
terus berusaha dan berusaha.
Mengapa kalian boleh pula,
memilih untuk berputus asa?


Nota Kaki : Jangan mudah melafaz: "Allah sudah tidak sayangkan kita."
Apalah yang kalian tahu akan luas kasih sayangNya ?

Monday, December 5, 2011

Mereka-mereka di sepanjang perjalananku..



Kesibukan sepanjang bulan ini membuatkan aku berhenti seketika daripada menulis coretan ini..
tapi hari ini tiba2 aku teringat balik mereka2 di sepanjang jalan yg aku lalui..maafkan aku kiranya andai waktu dulu aku mengecewakan kalian..dia yg pertama sewaktu zaman persekolahan..
aku hanya memandang sepi akan luahan hati si dia,bg aku tiada istilah cinta waktu itu..tapi dia ok dan tidak menyalahkan aku walau dia setia tanpa aku menerima cintanya.Aku meninggalkan zaman itu ketika dia masih berharap aku akan menerimanya.Bagiku itu hanya la cinta monyet dan x akan pernah berkekalan.

Alam persekolahan telah ku tinggalkan..dan aku melangkah penuh semangat utk merasai zaman remaja ini..bg ku ini zaman kebebasan bergaya walau pun aku sebenarnya x suka pon sgt berjalan kesana sini..mula timba pengalaman bekerja di sebuah syarikat swasta aku merasakan begitu seronok dan dlm masa yang sama seorg sahabat menaruh harapan pada ku..Zul dan Rozi dia telah mencuba sedaya upaya utk memikat hatiku..aku juga telah meninggalkan mereka tanpa sebarang jawapan.
kemana saja aku pergi dan bekerja ada saja Adam yg cuba ingin mencuri hatiku..


 masa aku mula start kja ngan makcik aku kat salon kecantikan aku mula rasa x selesa bila ada mata2 yg memandang dan ingin mencuba nasib..aku kuatkan hati supaya bertahan dgn cinta sblum kawen..haha lawak plak rasanya masa tu aku baru 19thun..seperti biasa aku tinggalkan adam itu tanpa jawapan dri ku..
teringat aku pasal makcik aku yg sorg nie beria2 nk kenalkan aku ngan kwn pakcik aku..so dil la nk jumpa kat kl sentral..haha yg lawaknya aku pon jumpa dia memang x leh blah..dia suruh dua org kwn ku jalan tempat lain..aku punya hangin sampai x nk cakap apa da..rupanya budak tu org tua yang kaya..adoi!.aku balik umah dgn perasaan marah kat makcik aku.alasan biar la janji kaya ada ke mcm tu..tp aku tau niat makcik aku tu baik..dan itu yg pertama dan terakhir aku jumpa Nasrul.
lama lepas tu aku kwn ngan budak bomba Saiful..dia minat kat aku,tp aku yg x nk..bg aku takat kwn jer boley la..aku x nk couple2..so stop takat tu jer la...

Aku juga aktif bersukan atau apa saja aktiviti lasak..masa tu aku ada game kat kem tentera sg besi..mcm biasa la aku memang x nk,tp kwn2 aku semua rembat sorg 1..aku pon x kisah sgt pasal laki ni..sebab memang aku x minat..masa tu Alam nk berkenalan dgn aku..aku ngan kwn pgi dating aku bg kat adik aku si Alam tu berkenalan..


tahun berikutnya aku start kja kat tempat baru..masa tu tgh aku kja ada la leftenan muda TUDM nie nk melawat kwn dia waktu mlm..so aku lepaskan coz atas urusan keja..tiba2 lepas tu dia minta no aku..aku bg jer la,esoknya dia kata nk jumpa ngan aku kat tasik so aku bawa la adik aku yg mangsa keadaan tu..time tu adik pompuan aku skolah lg..masa tunggu tu aku ckp kat adik aku yg aku x minat pon ngan dia tpi takat kwn..so Iskandar nie dtg ngan kwn dia Man.
pendekkan citer yg Man kwn ngan adik aku..dan aku mcm biasa la xder jawapan pun kat Iskandar.
So jadikan citer adik aku tu rupanya si Man buat sandaran jer sebab nak cuba dapatkan aku rupanya..sanggup dia nk couple ngan adik aku semata2 nk kan aku..aku memang marah betul adik aku time tu sebab lurus x bertempat..kemana saja aku pergi pasti Man tu nk tau..ada sekali tu masa aku tgh ada latihan kayak kat Titiwangsa tetiba aku nampak Man ngan adik aku dtg semata2 nk tgok aku..sejak tu aku betul2 marah dan suruh adik ku putuskan hubungan n adik aku pun perasan akan hal tu..akhirnya dorg putus.

Aku meneruskan hidupku dgn impian..yg aku masih x perasan mereka2 disekelilingku..masa tu aku ada game net ball kat Titiwangsa dan time tu plak ada program derma darah dan banyak la rekrut2 polis kat situ..kebetulan plak adik lelaki aku rekrut satu kumpulan yg ada kat situ..so pendekkan citer nama dia Syafiq dia baik perkenalan itu aku rasakan yg terbaik antara semua.pendekkan citer gak aku masih mcm tu..tetap x bg jawapan untuk soalan dia..so masa dia tamat latihan aku ada sama coz adik aku pon tamat latihan..kami jumpa kjap n aku bg tau dia yg aku hanya anggap dia kwn..dia boley terima dan kami jd kwn baik tp aku tahu dia masih berharap aku bukakan pintu hati ku utk dia..rasa nya 1tahun kami kawan on off.n last skali masih sama mcm yg sebelumnya..

aku sendiri kadang2 x tahu kenapa susah sgt nk buka pintu hati nie?..masa tu aku tgh main futsal kat padang depan tasik..so aku short kan citer kenal ngan budak askar nie nama dia Mizan so kwn baru seminggu tangan dh merayap..klu merayap kat tempat tertentu kompom aku bg sebijik!..aku blah tinggalkan dia mcm tu jer..so bertambah kuat la pikiran aku tentang lelaki yg memang perosak..lg la susah aku nk caya kat kaum Adam nie..pastu aku kenal plak ngan sorg bdk nie nama dia Asyraf  masa tu aku kja sementara kat LHDN.dia pun nasib yg sama gak ngan yg lain..pastu makcik aku kenalkan aku ngan saudara dia Dr kat hospital besar aku xnk..pastu makcik aku kenalkan plak ngan sepupu aku punya kwn masa tu dia kja kat dubai..arkitek nama dia Mahadi. so aku x nk gak..semua aku buat kwn biasa jer..aku pon x tahu kenapa?..mereka ok jer dri segi paras rupa pekerjaan..emmm entah la..

 lepas tu aku kenal sorg nie plak polis dia pegawai kat Maktab Pegawai Kanan PDRM tu..so dia tua sthun dr aku..baik gak nama dia Ed Rohaizad aku kwn ngan dia mcm tu gak..tiba2 dia nk jujur ngan aku konon nk serius.dia citer semua kisah silam dia pada aku..aku memang x leh accpt..coz aku x suka org berzina..bg aku zina tu memang perkara yg aku paling x boley maafkan..so aku tinggalkan dia mcm tu jer..maaf!..entah la nk citer banyak pon x guna..si Ijat budak bomba tu pon sama..mcm tu gak aku tolak buta2
banyak sgt yg aku x beri peluang..malas nk citer lg..penat..ramai lg..tp yg terbaru dgn sorg budak bomba nie..nama dia Daus dia sama gak perangai mcm Ed Rohaizad.. cerita silam yg aku x leh accpt..entah la..ramai lagi lelaki yg aku x ingat nama2 dorg..malas aku nk citer lg..huh!..

Sebenarnya aku x pernah mencari cinta..dan x berminat apa pun tentang cinta manusia..
bagi aku mencintai adam adalah perkara yang harus aku jauhi..coz kalau aku x cukup kuat akan ujian yang Allah turunkan padaku tentang cinta pasti aku sama jer mcm pompuan2 yang lain...berkorban apa saja..emmm..
kadang2 ada antara kwn2 ku yang bertanya padaku..mungkin aku mempunyai cerita silam yang menyebabkan aku x accpt sapa2..
wakakakakaka..lawak jer soalan tu..tentu sekali tidak!..aku xder masa silam dgn mana2 lelaki..nk buang masa ngan lelaki pon aku x suka...
Sebenarnya mungkin keadaan sekeliling yang mempengaruhi aku..sepanjang perjalanan aku melalui setiap perwatakan manusia yang bernama lelaki dan pengalaman kwn2 perempuan dan juga wanita2 lain dan
semua ini membuatkan minda dan hatiku tertutup untuk melihat walau sedikit pun kebaikan yang ada pada lelaki...

ye..bukan semua lelaki mcm tu..tp mata aku dh tertutup terlalu rapat untuk mencuba dan melihat sendiri akan pengalaman tu...kenapa aku melihat atas pengalaman org lain..huhuhuhu...aku cuba berubah..aku try pikir yg positif pasal lelaki...entah la..buat kwn2 yg mengenali aku..nie la citer sebenar kenapa aku kureng sikit pasal lelaki..coz lelaki ni rumit nk dipikirkan..

Tapi kini aku cuba membuka ruang dlm hatiku...............


Nota kaki: Berdoa selalu kepada Allah..supaya Allah biarkan aku jatuh cinta..andai cinta yang Allah kurniakan kepadaku itu membuatkan hatiku patah..aku xkan berkecil hati padamu Allah..kerana aku sedia redha..


Saturday, November 26, 2011

@@ ~ Bukan Menantu Pilihan....~ @@


Mak  : Mak berkenan betul la dgn anak si A... kalau boley mak nk buat menantu..apa kata kau along..?
Along : ish tak nak la mak..nie zaman moden semua cari sendiri..nanti apa plak kata kwn2 along..
Mak  : tapi budak A tu baik,sopan santun dan mak pun kenal betul perangai dia..
Along :tak payah la ...along dah ada pilihan sendiri..baik,cantik semua la lengkap...
           mak lepak jer tak payah susah2...

~ Selepas kahwin ~

"abg mampu hidup tanpa kamu daripada hidup tanpa keluarga abg..anak2 abg boleh jaga lepas nie kamu kemas la barang2 dan pergi dari sini..abg bersalah kerana membuat kedua org tua abg bersedih..jika berlaku lg perkara ini abg tidak teragak2 menjatuhkan talak kepada mu..."


si suami terus menghantar msg kepada si isteri...
esoknya si menantu terus kerumah mertua meminta maaf...

Emm..bg aku la..kenapa nk buat mcm tu..dulu time nak kan si anak tu sanggup buat apa sahaja..skg dh jadi lain..untuk berkongsi hidup nie bukan mudah..si menantu patutnya jaga la kelakuan..
nie depan mertua pun nak bergaduh x menghormati si suami..kalau balik umah mertua panas punggung x nk duk lama2..tp kalau rumah mak bapak sendiri xper plak..emmm...bila dah jadi suami isteri kena la toleransi...
kecil hati ibu mertua..dulu baik jer masa blum kawen..tp lepas kawen uish!..baru tau perangai sebenar..si suami makan hati jer ngan perangai si isteri...dengan mertua pun nk berkira..
yang paling sakit hati tu bila si suami baru jer sampai rumah nk makan masakan ibunya..si isteri dah marah2 nk balik rumah cepat..aduhai hidup berumahtangga...macam2
patutnya si suami nasihat la si isteri..mungkin tanpa sedar si isteri x tahu kesilapan yg dilakukan...

@@........................................@@

Mak   : Nampak gayanya along tak boleh la nak jaga mak bila mak dah tua nanti..menumpang pun belum  
            tentu...
Along : Apa yg mak ckp ni...along jaga mak la...mak jangan risau k...
Mak   : Nasib baik menantu tu bukan mak yg pilih..kalau x mesti along ckp " ha! tu lah..mak yg pilihkan 
            jodoh utk along..skg mcm mana.."
Along : Entah la mak...kalau along ikut ckp mak pun belum tentu calon tu baik..coz lepas kawen baru tau
           perangai sebenar mak..
Mak  : Bukan menantu pilihan.....emmm


            @@..Anak lelaki kena lah TEGAS sikit....@@



Nota kaki : Sebenarnya semua tu jodoh yg Allah dah tentukan..perkahwinan tu sekadar syarat dalam melalui kehidupan..bahagian kita telah tertulis di azali lagi..semua tu bukan sebab menantu pilihan atau pun bukan... tp tu hanya sebab musabab jer...

Thursday, November 10, 2011

Jangan Bersedih




♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu...
Tapi sedihlah krn kamu tidak MEMAHAMI orang lain
♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu...
Tapi sedihlah krn kamu tidak PERCAYA pd diri sendiri
♥ Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu...
Tapi sedihlah krn kamu msih belum mbuat PERSIAPAN
♥ Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu...
Tapi sedihlah krn kamu tidak MENGHARGAI orang lain
♥ Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu...
Tapi sedihlah krn kamu MENGHINA diri sendiri
♥ Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu...
Tapi sedihlah krn kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri
♥ Jangan sedih jika kamu selalu JATUH...
Tapi sedihlah kamu tidak mahu BANGKIT kembali
♥ Jangan sedih krn perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR...
Tapi sedihlah krn kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN
INGATLAH! Kunci masalah selalu ada dlm diri,bukan d luar.....
 
nota kaki : Luah la kepada ALLAH pasti lebih baik..ALLAH maha mendengar

Friday, November 4, 2011

Demi Penghijrahan..


~✿..Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH tetapi menjaga AURATKU sahaja kini sudah terasa payah..aku tertarik dengan fesyen dunia tetapi aku LEBIH TERTARIK dengan AMARAN Allah di mana WANITA solehah itu LEBIH INDAH dan lebih BERMARUAH apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN dunia..indahnya SYARIAT menutup aurat, bermaruah dan bersopan..kerana aku ingin bergelar solehah, aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya..✿~

>>> Islam itu indah dan CANTIK kerana indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH..InsyaAllah..(✿◠‿◠)

Monday, October 31, 2011

Aku sayang kamu dengan CARAku tersendiri:-

::~jika mereka memilih untuk kerap bertemu, aku memilih untuk tidak bertemu..
::~jika mereka memilih untuk kerap berhubung, aku memilih untuk tidak berhubung..
 
::~jika mereka memilih untuk saling mengingati, aku memilih untuk tidak mengingatimu..
::~jika mereka memilih untuk saling merindu, aku memilih untuk.. tidak merinduimu..
-->Kerana APA pilihanku berbeza dengan mereka?
::~kerana kamu BELUM tentu jadi milikku..
::~aku lebih senang bertemu dengan PELINDUNGku..
::~aku lebih suka berhubung dengan kekasihku dengan berdoa..
::~aku lebih selesa mengingati DIA yang sering mengingatiku..
::~aku sayang kamu namun aku LEBIH SAYANG DIA..
Terima kasih kerana memahami caraku..
Nota kaki ~ Setiap orang ada jalan ceritanya....

Thursday, October 6, 2011

Pada mu ku bersujud


Ku menatap dalam gelap,tiada yang bisa ku lihat,selain hanya namaMu..
ya Allah..
Esok ataukah nanti,ampuni semua salahku,lindungi aku dari segala fitnah,

Kau tempat ku meminta..
Kau beriku bahagia..
Jadikan aku selamanya,hamba Mu yang selalu bertaubat..

Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakan Mu,saat kau limpahkan kurniaMu,
Dalam sunyinya aku bersujud..



Monday, October 3, 2011

Aku x Mampu Utk Merindu


Kadang2 aku terfikir ujian apa yg mendatang kat aku nie..kenapa ek aku susah sgt nk jadi seorg perindu..
macam x leh blah plak aku rasa..mcm2 dh try..tpi x leh la..
bg dia yg mencintai aku..aku hanya leh kata sori jer walau dia x tahu yg aku tgh try nk rindu kat dia..
dia cuba jadi yg terbaik utk aku..aku pun sama cuma aku jenis yg bkn cam tu..
aku pon x paham..aku cuba sedaya upaya tp x mampu nk buka pintu hati nie...maaf!.
mungkin belum masanya lagi pintu hati ku terbuka untuk si pencuri hati...

Saturday, August 13, 2011

Lelaki Oh Lelaki.....


Bila sebut pasal kehormatan diri,zina,pelacur,bohsia,minah rempit dan mcm2 lagi.mesti kita terus pikir pompuan kan?..tapi kenapa kita x tengok balik di sebalik semua citer tu...lelaki juga memainkan peranan penting dlm hal2 yg demikian..
jangan kata hanya perempuan saja yg perlu menjaga kehormatan diri...tetapi lelaki juga harus jujur menjaga amanah yg diberi..bukan mensia2 kan sesuka hati walaupun x luak...bila berlaku perkara yg mcm ini..kaum lelaki sambil lewa pakai buang..

selalu org akan salahkan yg pompuan..tapi kali ini aku fokus pada lelaki plak..
kenapa nk buat jahat dgn org lain..tapi bila nk kawen plak dgn pompuan yg baik2..kenapa x kawen jer ngan bdk pompuan yg sama berzina..tentu xnak kan?..siapa yg mahu kawen ngan pompuan yg dah ditebuk tupai?..siapa?...kalau ada pun mungkin 1/100..
ha jadi pandai plak budak lelaki nie memilih...

so jadikan citer la konon dak laki nie buat jahat ngan org lain pastu tinggalkan mcm tu jer bila bdk pompuan tu dh berbadan dua..nk pikul la 9bln..tu kalau nk la,kalau xnk plak leh buang dlm tong sampah mcm tu jer...dah tu dak laki nie kawen ngan pompuan yg baik la konon..tetiba mlm pertama dapat tahu yg pompuan nie dh x suci..haha terus la dak laki nie talak kan isterinya yg baru dinikahi...
kenapa x teruskan jer hubungan tu..kan adil buat lelaki yg mcm tu untuk dapat isteri yg macam dia jugak..

Bukan itu yg nk di sampaikan..tapi keadilan untuk kaum pompuan yg hendak diketengahkan...bagaimana sekiranya hati seorg isteri bila mengetahui yg laki dia dulu seorg penzina..kan x adil buat si isteri yg menjaga kesucian dirinya buat seorg suami..amanah yg Allah berikan hanya layak untuk yg halal...sekiranya bg yg blum kawen plak bila dapat tahu pakwe dia seorg kaki pompuan..berzina lagi..adakah masih nk teruskan hubungan tu..kalau aku x la...

so kini penzinaan semakin berleluasa..bkn aku baik sgt..tpi aku cukup marah kalau dapat tahu kwn2 yg rapat ngan aku tanpa segan silu berzina dan bangga diri bila menyerahkan mahkota yg patut dijaga..
Lelaki juga harus jaga apa yg diamanahkan..patutnya itu adalah hadiah untuk isteri yg dinikahi..bkn untuk pompuan yg x halal bg mu..kalau x boleh jaga amanah tu maknanya dia juga x boleh jaga isterinya dengan baik..kerana bila dah biasa berbuat zina memang dh x boleh buang lagi tabiat tu...time isteri dlm pantang hantar balik kg..yg laki Makan luar..
perkara2 mcm nie dh terlalu biasa dlm masyarakat kita..

Aku harap lelaki juga jaga la apa yg patut buat bakal isteri.itu lebih baik dr nk cuba dulu perkara2 yg mendatangkan penyakit..kesian nanti time nk kawen wajib kena buat saringan HIV TEST tetiba ada la plak virus tu..x ke naya.. 
tolong la wahai lelaki..jgn suka2 pakai buang..kalau korg nak kan pompuan yg baik dan suci..tentulah pompuan pon macam tu jugak...xkan nk lelaki yg dh rosak gak walaupon x nampak pada dasarnya..
sejahat2 kita cubalah jaga dan jgn sampai kita kehilangan harta yg paling berharga yg hanya sekali jer dianugerahkan..jagalah sebaik mungkin..jgn sampai hilang..bg yg telah dicuri tanpa rela itu bkn kesalahan yg patut diletakkan kat bahu pompuan..tapi lelaki..

Nota kaki : zaman sekarang jgn kata susah nk cari gadis suci tapi laki teruna pun belum tentu kita jumpa..

Friday, August 12, 2011

Mencari Adam...


DI PENJURU ITU AKU BERDIRI
SETIAP PELABUHAN AKU SINGGAHI
BERPIJAKKAH AKU DI BUMI NYATA
ATAUKAH HANYA FANTASI

ADAM SAUJANA MATA MEMANDANG
ADAM SELUAS PERMATA ALLAH
ADAM SEINDAH LUKISAN KALAM
ADAM YANG PENCINTA

HANYA ADAM DAMBA KEPADA PECIPTA
SUKAR MENCARI ADAM YANG SATU
ADAM YANG AKU CARI BAGAIKAN HANYA MIMPI

KECEWA DI PELABUHAN ITU
LALU AKU TERUS MELANGKAH
MENINGGALKAN KELASI ADAM ITU
TERUS MENCARI ADAM YANG BERTAQWA

KEKOSONGAN HATI BAGAI DI LAYARI
SEPERTI KAPAL YANG TIDAK BERNAHKODA
SEPERTI HATI YANG SEAKAN MATI
SEPERTI BUMI YANG TIADA MENTARI

SEPERTI JASAD YANG TIDAK BERNYAWA
SEKETIKA BAGIKU HANYALAH
BAGAIKAN HAWA YANG TIADA ADAM..

~ entah ok ke x sajak aku nie,tapi bkn ciplak ok...ianya lahir dari hati aku sendiri pasal LELAKI..

Tuesday, August 9, 2011

Kisah Meteor


Blan posa kali ni banyak mengajar aku akan erti ketabahan hidup dan pengajaran..
aku rasa aku benar2 berubah sedikit berbanding dulu..semangat aku ingin benar2 berubah menjadi solehah..
emmm..aku x kira la apa pandangan kwn2 terhadap aku..
aku berharap tahun depan aku akan berubah secara total..
bkn kerana siapa2..tapi atas diri sendiri..

Teringat plak kenangan masa aku kecik dulu.masa tu umur aku dlm 8 atau 9 thun kalau aku x silap la..
citer tu berlaku pada satu mlm..waktu tu aku ngan kwn2 sebaya lepak kat umah tingkat atas kami suka lepak kat  depan rumah sambil memandang bintang..ye la budak2 kan..dlm melepak tu kami cuba cari buruj yg bermacam bentuk dengan membawa keratan surat khabar yg ada imej buruj2 di langit..sifat ingin tahu kami masa tu memang poyo..

Tiba2 tengah syok layan bintang kami terpandang satu lintasan cahaya yg halus..kami call tahi bintang la masa tu..so salah seorg kwn aku tu kata kalau nampak tahi bintang kita kena buat hajat dan pasti tercapai..
so kami semua terus senyap dan pejamkan mata sambil membuat hajat...aku pon join la..

Hajat aku masa naif dulu adalah..
"Aku harap aku akan menjadi anak yang soleh"

Itulah hajat ku dulu..sehingga kini kami semua merahsiakan hajat masing2..
dan sekarang semua dh dewasa dan berhijrah mengikut suami dan keluarga..mereka mesti x ingat cerita meteor tu...aku pon baru jer teringat kenangan tu..

Kisah Meteor tu membuatkan aku terfikir kenapa aku yg sekecil itu boleh membuat hajat yg sedemikian rupa..kenapa perkara itu yg terlintas..tpi aku bersyukur kalau aku yg kecil itu sudah terfikirkan kebaikan rohani..

Tapi aku yg kini jika meteor itu melintas lagi pada mlm hari dikala aku melihat bintang di langit..aku hanya melihat dengan ucapan subahanallah...tanpa membuat hajat..kerana meminta pada meteor tanpa sedar akan membuatkan kita syirik..jadi aku akan menikmati saja pandangan itu sepi...

Bermohonlah hanya kepada ALLAH..
Dan berharap agar hajat aku dulu termakbul..



Friday, July 29, 2011

Satu Cerita Yang Aku Jumpa...

http://dangratnaonline.blogspot.com/

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru
falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh
mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah
kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu
ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat
menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali
dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan
sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula.
sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling
menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di
hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati
tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang
saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu
perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi
janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok
saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah
yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa
itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang
semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah
berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti
ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini,
aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan
kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang
pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon
yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal
kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang
sempurna di dunia ini.

--------------------------------------------------------------

p/s : adakalanya boley pakai juga citer tu...

Wednesday, July 27, 2011

Siapakah Dia??...


Aku mengenal mu lewat jiwa..Bkn lewat mata..Aku mjadikn mu saudara lewat hati..Aku tak tahu seperti apa aku dlm pndanganmu..Selayak apa aku dlm ukhwah kamu..Tapi yg aku tahu..Meski dgn keterbatasanku berbalut kekuranganku..Aku menulis namamu di hatiku..Sejak awal dn takkan pernah terganti apalagi terhapus..Sbgai ‘ SAUDARA ’ dihatiku..Kelmarin,hari ini ataupun nanti..Insya Allah..

lama x update...

Adeh..lama aku x update blog nie..bz giler...sori la frenz yg asyik tanya jer pasal blog nie xder citer baru ke?..sebenarnya banyak dan terlalu banyak yg nk diceritakan..tapi slow2 la aku nk open balik citer2 tu..kat FB kwn2 yg tau pasal blog nie tanya aku knapa aku x open ruang followers..
bkn aku x nk..aku just nk luahkan perasaan aku suka2 jer..tp xper aku dh open balik da..haha xder followers pon sebab baru jer kuarkan..

sebenarnya banyak citer pasal aku yg aku nk ceritakan..tpi nk mulakan dari mana ye...emmm nanti la..

Sunday, June 19, 2011

Puding Caramel Aku...



Tetiba hari nie rasa nk mkn puding nie..
nie memang favorite aku la..so apa lagi..cek brg2 kat dapur ada x?..
yes ada so mula la projek aku..masuk nie dh 13x aku buat benda alah nie..klu dh suka emmm... x kira la.

fmly aku kureng sikit mkn manis2 mcm nie..so klu aku buat aku jer yg habiskan..tpi adik ipar aku jenis x kisah,dia sapu bersih jer..ha kan senang x yah nk susah2 klu aku buat lebih..
xder la cantik sgt Puding Caramel Aku...sbab aku bkn pandai pon..so x licin la..

~ aku xder la pandai sgt bab masak memasak nie..tpi aku minat blajar masak apa yg aku suka mkn.. sebab klu dh tau boley la masak lagi klu sedap..emmm yummy!..


Jika Aku...


Jika SENDIRI janganlah merasa sepi, ada ALLAH yang sedang mengawasi.
Jika SEDIH janganlah dipendam di hati, ada ALLAH tempat berbagi.
Jika SUSAH janganlah merasa pilu, ada ALLAH tempat mengadu.
Jika GAGAL jangan berputus asa, ada ALLAH tempat meminta.
Jika BAHAGIA janganlah menjadi lupa, ada ALLAH tempat memuja....


Wednesday, June 15, 2011

Bulan 6 Nie Bz Giler..

penat x yah ckp la..bln nie semua nk di habiskan..mcm2 aktiviti..yela sebab bln 7 dh start puasa..
aduhai memang cam sayur la aku nie,ngan sukan,kursus,silat,keja...
so rumah dh mcm hotel da..memang bising la org tua aku..
yela xder masa utk diri sendiri..
tapi yg x bosan tu kadang2 kwn2 aku nie dtg lepak kat umah mlm2..
si TASHA n BOB laki bini nie memang best..walaupun dh kawen masih cam couple lg..
semangat tu yg harus ada pada setiap pasangan yg dh berumah tangga..
x kurang gak si NISA..selalu gak lepak mlm kat umah nie..so x bosan la aku time nk tdo jer banyak jer citer yg nk dia citer..kadang2 dak SAKURA pun join lepak tdo sini..so umah nie x penah sunyi la..tu yg best sikit..

kadang2 curi masa lepak kdai mamak blakang umah..yela nk rest sikit dri pikir kja..layan la lepak sorg2
tapi selalu ngan dorg la..mlm jer ada masa,tu pon sikit jer.
tpi memang senang klu bergerak secara solo nie..xyah pikir apa2..yela single rider..hilang sana..hilang sini..
last jumaat tu baru jer balik kursus 2hri pastu nie kena kursus lagi..
esok ada kursus CPR lagi..15hb-16hb.pastu habis kursus kul 5 terus turun padang training bola tampar plak..sabtu game putrjaya n habis tu minggu depan terus sambung training bola jaring plak..n game minggu seterusnya..ayak!!...penat lo..
n banyak lagi yg aku malas nk citer kat sini..kang x habis menaip plak..
semua akan tamat pada 2hb 7.. haha rasa cam x kja sgt bln nie sbab banyak aktiviti jabatan..
harap2 BMI aku turun sikit la bln nie walaupon BMI aku ok jer skg..cuma aku rasa berat aku turun la jugak..


Penat giler sampai time kursus pon leh layan tdo kjap..ngantuk tahap gaban dah nie..

Saturday, June 11, 2011

Jumpa pemain kelantan

smlm masa aku kursus slama 2hri kat quality hotel s.alam..aku ngan bdk2 aku rupanya sama stay ngan pemain klantan..dorg stay kat situ sbab ada game mlm tadi vs terengganu..yg x leh blahnya agak sombong gak dorg tu..haha xder ah power mana pun..aku antara peserta yg muda masa kursus tu terpaksa la ikut jer peserta lain yg nk begambo..ye la dh aku jer yg pegang cmera..alahai terpaksa ikut jer..mula2 ok la..tapi klu kita asyik nk berkepit jer ngan player tu aduhai!..ek la dorg tu..
aku malas nk layan sgt sampai hri last masa nk balik tu aku ngan bdk2 aku x layan sgt..n bdk2 bola tu x diganggu plak oleh peserta kursus kami..bkn semua player dorng yg sombong..ada yg ok..
tapi secara jujurnya aku x minat klantan..aku suka selangor hahaha...tapi selangor x sampai akhir la plak...masa dlm lif ngan dato kami hanya borak kosong jer n wish smoga klantan menang..
n last tu kami berkemas meninggalkan hotel penginapan..

Thursday, June 9, 2011

Kadang2 Terlupa Pada Qada Dan Qadarmu..

 の生活.賭け

Dalam 2,3hari nie aku rasa hati sgt tertekan..aku harus buat keputusan yg tepat untuk hidupku..haha rasa cam x leh nk buat keputusan yg aku rasa sgt terburu2..apa yg harus aku lakukan..
dlm 27 thun nie aku x leh nk accpt sapa2 untuk hidupku..tapi entah kenapa bila tiba saat itu aku tanpa pikir panjang terus jer amik mudah atas segala urusan ini..aku memang selalu mcm tu..

aku silap sebenarnya..ya silap..tapi aku terpaksa cuba memujuk hati ini untuk meneruskan..mungkin aku boley membuat hati ini terbuka seluas alam atas kehadiran yg sepatutnya dinantikan oleh setiap insan..aku cuba sedaya mungkin..pujuk jer hati dan perasaan ini agar menerima takdir tuhan yg telah tersurat utk ku..

ya mak ngan abah x pernah faham..bila aku memberi pendapat atau menyuarakan alasan kenapa aku harus begini sampai saat ini..hati ini rumit untuk insan yg mcm aku..
aku bosan dgn setiap pertanyaan..setiap kali soalan yg sama jer..jdi keputusan aku menjerat diri..
ya!..aku rasa aku boleh lakukan..dan aku akan cuba membuat diri ini kuat walaupun aku goyah..
andai tersurat kebaikan atau keburukan kebahagiaan dan bahagian itu utk aku..aku redha dlm menerima qada dan qadar mu tuhan..

terima kasih SAKURA dan NISA bila aku perlukan korg untuk meluahkan segalanya korg sedia mendengarnya dan nasihat kepadaku..sesungguhnya aku sedia redha..
bila tiba saat itu aku telah melangkah pergi..aku akan terus berjalan walaupun berliku..
sesungguhnya jalan itu yg telah aku pilih walaupun takut untuk aku lalui..aku harus berani.. 

ya ALLAH Kadang2 aku Terlupa Pada QADA an QADARMU....
sesungguhnya kau telah mengaturkan yg terbaik utk ku..
terima kasih ALLAH..



Monday, June 6, 2011

Hobi Baru Aku

nk citer pasal minat n hobi nie aku ada banyak..klu boley semua aku nk try..dari bawah hingga ke puncak aku nk tawan..aku nk buat segala2nya.n skg semua aku dh buat..dari sukan air hingga ke darat..so aku suka aktiviti lasak yg kadang2 agak melampau..tapi dh minat la..tapi thun nie aku agak slow sikit sbab sbuk dengan kja yg belambak..n bila mlm plak aku rasa bosan sebab asyik membaca,fb,internt,tgok astro n mcm2 la..masa tu dtg plak minat aku yg dh lama aku teringin lakukan..asyik buat aktiviti luar jer..so sekali sekala layan jiwang la plak..
dah lama da aku minat giler nk main gitar nie..dari thun sudah aku nk belajar tapi xder masa..tapi yg kelakarnya boley ke?..aku nie kasar sikit..jari x berseni haha yg x leh blah ari jumaat ari tu aku terus nekad nk beli gak gitar tu..so aku n kengkawan aku dh pakat nk gerak time smbyng jumaat ari tu..tetiba plak mamat yg sorg nie x jadi plak..spoi la..
aku frust giler..geram sebab dia balik tdo..
yg kelakarnya pgi tadi masa masuk kja dia terus tunjuk gitar kat aku..wah aku memang la suka giler..dia kata x yah beli dulu..blajar pakai dia punya..
aku suka la..lagi pon bdk2 kat tempat kja aku nie ramai yg pandai main gitar..so ramai la yg mengajar aku..siap ada yg sound aku awal2..klu nk main gitar nie risikonya jari kasar dh x cantik..aku kata xder hal la..sebab aku nk blajor..emm skg aku dh ada hobi baru...enjoy!!...

Sian Mosqito Aku..

geram jer rasa..pagi tadi time beli mknan x pasal2 mosqito aku kena langgar..wah sedap jer bdk tu blah x sempat aku nk kejar..yg x leh blah tu habis color moto aku yg poyo tu..adeh!..geram jer..
yg penting aku ada rekod JEN2 WXL 109 hahaha..mana ko nk lari..dh tentu2 ko kja area situ jer..klu dh salah tu minta maaf la nie main blah jer..memang la aku rasa dia baru dpt lesen..masa JPJ dulu bawa kancil..so masa time beli keta nk beli yg besor jer..tu la..
padan ngan muka aku..
nasib baik moto aku leh start..klu x naya..nk balik dh la satu hal..gelong jer nk bawa..adoi!..
sian mosqito aku....

Saturday, June 4, 2011

Cerita Aku Dan lelaki..

aku x tahu nk mula dari mana?..aku memang anti sikit kat kaum lelaki nie tapi x bermakna aku suka kat pompuan..ya bg aku laki nie susah sikit..lebih senang single bawa diri sendiri..that why aku boleh hidup tanpa kekasih dari hidup tanpa kwn..xyah nk pikir sgt.dulu aku memang payah nk suka kat kaum adam nie.sampai fmly aku dh pening kat aku..siap ramai plak yg nk ekjas kat budk tu la,budak nie la...mcm2.tapi dorg semua x tahu yg aku x pernah terbuka hati langsung kat sapa2..bkn xder org nk tapi aku yg x nak..dulu teringat masa aku skolah..siap bdk tu bg kad kat aku la mcm2..tapi aku nie memang jenis x suka klu ada bdk laki yg suka kat aku mula la aku n kengkawan baik aku sound bdk laki nie..tapi tu cerita dulu..
masa time aku remaja dulu ramai gak bdk2 yg cuba nk try ngan aku.tpi aku x suka kan aku dh ckp buang masa.sampai sorg bdk laki tu benggang ngan aku dia leh sound aku lesbian..haha x leh blah.aku x terkejut pun sbab dh memang aku x minat kat bdk2 tu..
nak jadikan cerita aku lalui kehidupan ini sehingga skrg..memang banyak la bdk2 yg frust sbab aku tolak cinta dorg mentah2..aku pon x pasti kenapa?..aku x cuba dulu tapi terus nk cut..bila pikir balik aku rasa sgt x adil buat dorg..tapi hati dan perasaan x leh nk paksa..aku x memilih pon..sampai fmly aku pun ckp aku memilih..klu aku memilih kenapa aku x amik jer salah sorg dri mereka yg nk kat aku..bkn xder yg ok..ramai gak..dari segi keja,hensem,baik,kaya..tapi aku x pandang semua tu..kehidupan kita telah ditentukan..jodoh semua telah ada dan tersurat..hati aku x pernah terbuka walaupun seinci..
maafkan aku pada korg yg telah aku kecewakan..aku x pernah bg harapan pon kat korg..
mungkin aku x jumpa yg betul2 kot..
aku bkn nk bangga pon dengan apa yg berlaku kat aku..aku pun bkn jenis yg lawa sgt..
tapi aku suka berkwn..so kwn2 aku semua dh tahu perangai aku nie klu kwn sama rata jer laki n pompuan..sbab tu dorg selesa bila berkwn ngan aku..nop cintan2..jadi gila2 jer..bebas..baru senang nk lalui kehidupan tu..seronok..
tapi aku cukup menjaga diri sebaik mungkin dan aku x benarkan sapa2 yg cuba berniat x baik pada aku..bg aku menjaga nama kedua org tua adalah hadiah yg terbaik dlm hayat ini..that why aku senang single..tapi jodoh akan datang belum tentu aku dpt bertahan..emmm

Tuesday, May 31, 2011

Kerana itu aku single


aku hanya ingin menjadi yang terbaik untuk semua orang yang aku sayang..aku tak berminat apapun,aku hanya melakukan sesuai dengan keyakinan hatiku..
aku sangsi dengan setiap apa yang mendatang..aku gusar dengan setiap mata yang memandang..dan aku takut ada hati yang terluka..
bg aku Kasihilah diri dgn m'jdkn dirimu b'hrga,nilaimu t'letak pd hrga diri yg hnya snggup dibyr oleh sseorg llaki dgn hrga KEJUJURAN.Biar t'lwt krn b'sikap mmilih,drpd t'slh pilih.Biar hidup sndiri dan sksa m'bina PAHALA drpd b'dua ttapi m'jd p'cetus DOSA ke Neraka.Biar hidup sndiri dan masih kkl SERInya drpd dikelilingi llaki ttapi tlh hilang HARGA DIRI.Biar m'jd rama2 dgn sayap yg t'bang dan indah,dr kkatu yg mnerjah..sesungguhnya aku sgt mencintai diriku sendiri dri mencintai org lain yg tiada kaitan dengan hidupku..maafkan aku kerana masih tidak bisa memilih...

Monday, May 30, 2011

Aku Dan Blog

blog lama aku telah aku tinggalkan..coz nk buat blog baru supaya org x kenal siapa aku.tapi bg yg kenal xper ah..
aku x kisah pun..aku cuba meluahkan apa yg aku rasa kat sini..n segalanya akan lebih baik...harap korg yg baca leh kongsi apa saja ngan aku..atau nk bg nasihat pon aku layan jer..
slmt membaca ye..

Aku muncul balik

As salam.. Hari ni aku muncul balik setelah sekian lama menyepi..hilang dari radar..bukan sebab aku dah xnk menulis..tapi aku cuba pendamkan...