Monday, December 12, 2011

Kita masih ada Allah...


Kadang-kadang, kita mendengar keluhan di kalangan kawan-kawan,


“yerla, kau tu dah ada orang minat, dah ada orang beri semangat, dah bertunang, aku ni je yang masih single, aku ni tak hensem / jelita”.


Kalaulah hensem / jelita itu ukuran kebahagiaan, namun banyak juga kebahagiaan yang hancur angkara kedua-duanya. Cinta tidak pernah memilih bulu untuk memenuhi jiwa kerana ia adalah 'seni' Tuhan ...yang Maha Adil.

Usahlah bersedih dan mengeluh,

Lupakah kita bahawa dulu kita pernah berjuang bersendirian ketika di alam janin sehingga kita dilahirkan juga bersendirian tanpa seurat benang.
Siapakah yang beri kita kekuatan di saat sekerdil itu ?
Siapakah yang memberi kita kehangatan di saat melihat dunia kesejukan tanpa berpakaian ?
Apakah puting susu ibu itu pernah kering untuk memberi kita makan, sedangkan bila ditoreh anehnya ia mengeluarkan darah. Siapakan yang menciptakan keajaiban ini kalau bukan DIA ?

Nah ! Kalau kita pernah jaguh ketika selemah bayi untuk meneruskan hidup kerana bantuan Tuhan, maka atas alasan apa untuk kita ‘mati’ di saat gagah dewasa.

Tuhan itu,
Tak pernah ‘kekeringan idea’ untuk terus memberi kita semangat dan kekuatan.
Tak pernah meninggalkan kita di kala kesepian.

Kita tidak menafikan naluri keperluan cinta manusia yang sekadar meminjamnya, tapi ketiadaannya bukan bererti pemula sebuah derita. Kerana semenjak kita tahu Pemilik Cinta itu adalah Tuhan yang Maha Ada, maka mengapa perlu ada noktah untuk kita terus semangat dan bahagia.

Sekalipun kita masih gagal setelah berusaha bersungguh-sungguh mencari pasangan , bukan bermakna Allah tidak mampu menganugerahkan kepada kita dari jalan-jalan yang tak pernah kita sangka. Bahkan momentum ‘surprise’ itu lebih menjanjikan berjuta-juta lemon kebahagiaan.



Nota kaki : Kalau kita hidup untuk Tuhan, maka atas alasan apa untuk kita mati kerana Tuhan tidak pernah berkesudahan.

No comments:

Post a Comment

Aku muncul balik

As salam.. Hari ni aku muncul balik setelah sekian lama menyepi..hilang dari radar..bukan sebab aku dah xnk menulis..tapi aku cuba pendamkan...