Friday, January 20, 2012

~ coklat oh coklat...~


Lama tak buat.....anggur berendam..


Kadang2 coklat nie banyak membantu kita kalau dlm keadaan stress..
aku memang suka giler kat coklat..x kisah la makan sampai bosan..tetiba aku teringat plak kat kawan aku yang sama2 pergi kursus bahasa dulu..dia memang pandai pujuk aku..hahaha..x jd nak marah..yelah kata nk kuar tgok wayang ngan aku lepas habis kelas..tetiba dia leh plak ubah pikiran kuar ngan laki dia..emm kalau aku tau baik aku balik umah jer..x yah nk buang masa tunggu kat INTAN tu..
esok tetiba dia datang kat bilik aku.."hajar nie coklat utk ko"..emmm...nadz kalau ko terbaca post nie jgn marah ye..
kalau aku bosan or stress benda pertama yg menjadi mangsa aku tentulah coklat..
kadang2 bila aku sedih jer aku mesti cari coklat..yup..kalau korg x caya cubalah makan coklat dlm situasi tertekan..aku jamin korg xrasa tension pon..

malam tadi aku sedih giler..tp coklat xder..nk kuar dh lewat sgt..emmm boley ke tido dlm keadaan sedih?..so aku pon start keta kuar gak cari coklat kat 7E..
kalau aku lambat sikit jer mesti aku dah nangis!!...hahaha sebenarnya aku memang x suka menangis pun..
so coklat banyak membantu..kalau korg x caya cuba try..


Nota Kaki : Mungkin kesannya bukan pada semua org...

Tuesday, January 17, 2012

@@ ~ Bermulanya Esok...(New Hajar)~ @@


18.01.12 Rabu..

Esok aku dh start berhijrah.. memang payah rasanya kalau hidup kat kota metropolitan nie..aku berharap ada kwn2 disekeliling aku yg bg semangat agar aku x mudah goyah..aku cekalkan hati untuk terus berubah dan memperbaiki diri ke arah yg lebih baik..
niat yg telah lama tertangguh nie aku harap aku dpt teruskan dan cuba untuk lakukan sebaik mungkin..
aku hanya lakukan dengan kehendak hatiku..bukan paksaan dari sesiapa pun..so aku kena lah kuat..dan aku juga terpaksa melupakan beberapa minat dan hobi yg aku suka..xper..
aku leh gantikan ngan minat yg lain..
emmm..menjadi muslimah nie satu cabaran..aku harap aku  dapat lakukan dan x mudah goyah..

Nota Kaki : Dalam hidup ini kita perlu ada perubahan..kerana itu semua adalah color2 dalam kehidupan... wink!.. :D





Sunday, January 8, 2012

~ PERJUANGAN UNTUK BERUBAH..~

Banyak orang yang mengeluh, sulitnya untuk mengubah orang lain. Tetapi tahukah wahai saudaraku, bahawa yang paling sulit sebenarnya adalah untuk mengubah diri sendiri. Bila diri sendiri sukar diubah, apatah lagi mahu menuntut orang lain untuk berubah?


Masalahnya, ada juga orang yang sudah ingin berubah, tetapi keadaannya belum membenarkannya untuk berubah. Ada juga yang sudah mula untuk mengubah perangai negatifnya, mengubah sifat buruknya, tetapi langsung tidak mendapat penghargaan dan perhatian dari orang terdekat dengannya.


Akibatnya, dia merasa sia-sia berubah diri…


Ada juga yang berani mencari perhatian dari sekitarnya, maksud hatinya mahu memberitahu pada dunia kalau dia sudah berubah. Tetapi cemuhan dan kata-kata sinis yang dihadapinya. Ada yang akhirnya trauma untuk berubah kerana dikatakan hipokrit.
Kenapa kita harus mencemuh seseorang dahulunya freehair, sekarang berubah memakai tudung?
Kenapa mahu disindir orang yang dahulunya tidak solat, sudah rajin mengunjungi rumah Allah?
kenapa?


Yang ingin saya sampaikan di sini adalah, kita harus “Menghargai” Perjuangan seseorang untuk mengubah dirinya, dengan memberikan kesempatan padanya untuk memperbaiki dirinya. Berikan sokongan moral, dan dorongan kepada mereka yang ingin memperbaiki diri, memperbaiki hubungan dengan Tuhan dan seterusnya ‘hubungan’ yang kurang harmoni menjadi hubungan yang jauh lebih mesra. Berikan kesempatan bagi mereka yang ingin menjalin kembali tali-tali persahabatan yang telah putus..


Mudah untuk mencari musuh, tetapi sulit untuk mencari sahabat; mudah mencari pasangan hidup baru, tetapi sukar mempertahankan pasangannya sendiri; mudah mencari cinta nafsu, tetapi sulit mencari cinta yang ikhlas; mudah menyalahkan orang lain, tetapi sukar melihat kesalahan sendiri; mudah untuk berpisah, mengapa sukar untuk ‘bersatu’ lagi?


Mudah memberi ‘label’ pada seseorang, tetapi mengapa sukar mencabut ‘label’ yang sudah diberikan?


Bila anda seorang pejuang, maka akan sangat mengerti erti sebuah pengorbanan. Bila anda adalah seorang yang senang berkorban, maka anda akan sangat mengerti erti menjadi ‘korban’ itu sendiri. Apapun pengorbanan dan perjuangan anda, semua itu tidak akan sia-sia… Dan ingatlah, bila orang-orang masih sukar menerima anda, dari sudut lain, pasti banyak yang menanti kebaikan anda.


Yang paling penting, Allah sentiasa menerima segala pengorbanan hambanya kearah kebaikan.


Itulah adalah sebaik – sebaiknya, berubah kerana Allah.


Bila sahabat, pasangan anda yang lalu, tidak dapat kembali disisi lagi, jangan khuatir, pasti masih banyak orang yang ingin menerima anda menjadi sahabat, saudara, ataupun pasangan anda. Jangan menyerah… Tiada seorang pejuang yang mudah menyerah…


Semoga semua orang yang berhubungan dengan kita, akan dapat menghargai perjuangan kita untuk melangkah ke arah yang lebih terang, baik, damai, dan tenang.. Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang.Tidak perlu dengar “apa kata orang” tetapi dengarlah “apa kata hati mu”..


Nota Kaki : Tentunya, mendengar dari kata hati yang tidak akan ‘MAKAN HATI’…~

Aku muncul balik

As salam.. Hari ni aku muncul balik setelah sekian lama menyepi..hilang dari radar..bukan sebab aku dah xnk menulis..tapi aku cuba pendamkan...