Tuesday, August 9, 2011

Kisah Meteor


Blan posa kali ni banyak mengajar aku akan erti ketabahan hidup dan pengajaran..
aku rasa aku benar2 berubah sedikit berbanding dulu..semangat aku ingin benar2 berubah menjadi solehah..
emmm..aku x kira la apa pandangan kwn2 terhadap aku..
aku berharap tahun depan aku akan berubah secara total..
bkn kerana siapa2..tapi atas diri sendiri..

Teringat plak kenangan masa aku kecik dulu.masa tu umur aku dlm 8 atau 9 thun kalau aku x silap la..
citer tu berlaku pada satu mlm..waktu tu aku ngan kwn2 sebaya lepak kat umah tingkat atas kami suka lepak kat  depan rumah sambil memandang bintang..ye la budak2 kan..dlm melepak tu kami cuba cari buruj yg bermacam bentuk dengan membawa keratan surat khabar yg ada imej buruj2 di langit..sifat ingin tahu kami masa tu memang poyo..

Tiba2 tengah syok layan bintang kami terpandang satu lintasan cahaya yg halus..kami call tahi bintang la masa tu..so salah seorg kwn aku tu kata kalau nampak tahi bintang kita kena buat hajat dan pasti tercapai..
so kami semua terus senyap dan pejamkan mata sambil membuat hajat...aku pon join la..

Hajat aku masa naif dulu adalah..
"Aku harap aku akan menjadi anak yang soleh"

Itulah hajat ku dulu..sehingga kini kami semua merahsiakan hajat masing2..
dan sekarang semua dh dewasa dan berhijrah mengikut suami dan keluarga..mereka mesti x ingat cerita meteor tu...aku pon baru jer teringat kenangan tu..

Kisah Meteor tu membuatkan aku terfikir kenapa aku yg sekecil itu boleh membuat hajat yg sedemikian rupa..kenapa perkara itu yg terlintas..tpi aku bersyukur kalau aku yg kecil itu sudah terfikirkan kebaikan rohani..

Tapi aku yg kini jika meteor itu melintas lagi pada mlm hari dikala aku melihat bintang di langit..aku hanya melihat dengan ucapan subahanallah...tanpa membuat hajat..kerana meminta pada meteor tanpa sedar akan membuatkan kita syirik..jadi aku akan menikmati saja pandangan itu sepi...

Bermohonlah hanya kepada ALLAH..
Dan berharap agar hajat aku dulu termakbul..



No comments:

Post a Comment

Aku muncul balik

As salam.. Hari ni aku muncul balik setelah sekian lama menyepi..hilang dari radar..bukan sebab aku dah xnk menulis..tapi aku cuba pendamkan...