Tuesday, December 13, 2011

~ Jodoh Dari Allah ~



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita,disepanjang jambatan ia dipenuhi dengan cabaran dan dugaan. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita itu dalam doa2 selepas sembahyang. insyallah Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right & Mrs Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki @ wanita yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dgn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga.... semoga Allah mempermudahkan Jodoh kita semua... Amin..:) 



Nota Kaki : Korg x yah risau..lambat cepat semua dh tersurat..kalau xder pun kat dunia nie pon xper..kat akhiratkan ada bahagian...wink!.. :D

Monday, December 12, 2011

Kita masih ada Allah...


Kadang-kadang, kita mendengar keluhan di kalangan kawan-kawan,


“yerla, kau tu dah ada orang minat, dah ada orang beri semangat, dah bertunang, aku ni je yang masih single, aku ni tak hensem / jelita”.


Kalaulah hensem / jelita itu ukuran kebahagiaan, namun banyak juga kebahagiaan yang hancur angkara kedua-duanya. Cinta tidak pernah memilih bulu untuk memenuhi jiwa kerana ia adalah 'seni' Tuhan ...yang Maha Adil.

Usahlah bersedih dan mengeluh,

Lupakah kita bahawa dulu kita pernah berjuang bersendirian ketika di alam janin sehingga kita dilahirkan juga bersendirian tanpa seurat benang.
Siapakah yang beri kita kekuatan di saat sekerdil itu ?
Siapakah yang memberi kita kehangatan di saat melihat dunia kesejukan tanpa berpakaian ?
Apakah puting susu ibu itu pernah kering untuk memberi kita makan, sedangkan bila ditoreh anehnya ia mengeluarkan darah. Siapakan yang menciptakan keajaiban ini kalau bukan DIA ?

Nah ! Kalau kita pernah jaguh ketika selemah bayi untuk meneruskan hidup kerana bantuan Tuhan, maka atas alasan apa untuk kita ‘mati’ di saat gagah dewasa.

Tuhan itu,
Tak pernah ‘kekeringan idea’ untuk terus memberi kita semangat dan kekuatan.
Tak pernah meninggalkan kita di kala kesepian.

Kita tidak menafikan naluri keperluan cinta manusia yang sekadar meminjamnya, tapi ketiadaannya bukan bererti pemula sebuah derita. Kerana semenjak kita tahu Pemilik Cinta itu adalah Tuhan yang Maha Ada, maka mengapa perlu ada noktah untuk kita terus semangat dan bahagia.

Sekalipun kita masih gagal setelah berusaha bersungguh-sungguh mencari pasangan , bukan bermakna Allah tidak mampu menganugerahkan kepada kita dari jalan-jalan yang tak pernah kita sangka. Bahkan momentum ‘surprise’ itu lebih menjanjikan berjuta-juta lemon kebahagiaan.



Nota kaki : Kalau kita hidup untuk Tuhan, maka atas alasan apa untuk kita mati kerana Tuhan tidak pernah berkesudahan.

Sunday, December 11, 2011

Paku Di Dinding Hati..



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.




Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang di gunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.


Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.


Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.


Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.



     "Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Nota kaki : Untuk membiarkan sesuatu tanpa di bicarakan atau berkata benar walaupun hakikatnya pahit... Berada di tengah-tengah dilema antara dua, yang bisa membuat kan kita untuk melakukan salah satu daripadanya atau kedua-dua nya....

Tuesday, December 6, 2011

~ Janganlah Buruk Sangka Kepadanya... ~


                                 @@~ Sekadar memperingati diri yang sering lupa ~@@
Saya pun,
ada benda saya mahu, Allah tidak beri.
Saya pun,
ada benda yang saya inginkan keadilan, saya tidak perolehi.


Saya juga dicerca,
dan tiada pula yang mohon kemaafan dan menebus salah.
Saya juga difitnah,
dan tiada pula yang mohon kemaafan membersihkan tanggapan yang salah.

Memanglah saya bukan orang yang rapat dengan kalian,
hanya mampu berpesan: "Sabarlah, Yakinlah."
Tetapi janganlah menyangka saya tidak memahami,
apa yang kalian lalui.

Kalaulah kalian tahu apa yang saya hadapi,
apa yang saya minta dan Allah tidak beri,
pasti tangisan kalian akan terhenti.
Kerana kecilnya ujian yang kalian hadapi.

Tetapi saya masih sabar dan percaya.
terus berusaha dan berusaha.
Mengapa kalian boleh pula,
memilih untuk berputus asa?


Nota Kaki : Jangan mudah melafaz: "Allah sudah tidak sayangkan kita."
Apalah yang kalian tahu akan luas kasih sayangNya ?

Monday, December 5, 2011

Mereka-mereka di sepanjang perjalananku..



Kesibukan sepanjang bulan ini membuatkan aku berhenti seketika daripada menulis coretan ini..
tapi hari ini tiba2 aku teringat balik mereka2 di sepanjang jalan yg aku lalui..maafkan aku kiranya andai waktu dulu aku mengecewakan kalian..dia yg pertama sewaktu zaman persekolahan..
aku hanya memandang sepi akan luahan hati si dia,bg aku tiada istilah cinta waktu itu..tapi dia ok dan tidak menyalahkan aku walau dia setia tanpa aku menerima cintanya.Aku meninggalkan zaman itu ketika dia masih berharap aku akan menerimanya.Bagiku itu hanya la cinta monyet dan x akan pernah berkekalan.

Alam persekolahan telah ku tinggalkan..dan aku melangkah penuh semangat utk merasai zaman remaja ini..bg ku ini zaman kebebasan bergaya walau pun aku sebenarnya x suka pon sgt berjalan kesana sini..mula timba pengalaman bekerja di sebuah syarikat swasta aku merasakan begitu seronok dan dlm masa yang sama seorg sahabat menaruh harapan pada ku..Zul dan Rozi dia telah mencuba sedaya upaya utk memikat hatiku..aku juga telah meninggalkan mereka tanpa sebarang jawapan.
kemana saja aku pergi dan bekerja ada saja Adam yg cuba ingin mencuri hatiku..


 masa aku mula start kja ngan makcik aku kat salon kecantikan aku mula rasa x selesa bila ada mata2 yg memandang dan ingin mencuba nasib..aku kuatkan hati supaya bertahan dgn cinta sblum kawen..haha lawak plak rasanya masa tu aku baru 19thun..seperti biasa aku tinggalkan adam itu tanpa jawapan dri ku..
teringat aku pasal makcik aku yg sorg nie beria2 nk kenalkan aku ngan kwn pakcik aku..so dil la nk jumpa kat kl sentral..haha yg lawaknya aku pon jumpa dia memang x leh blah..dia suruh dua org kwn ku jalan tempat lain..aku punya hangin sampai x nk cakap apa da..rupanya budak tu org tua yang kaya..adoi!.aku balik umah dgn perasaan marah kat makcik aku.alasan biar la janji kaya ada ke mcm tu..tp aku tau niat makcik aku tu baik..dan itu yg pertama dan terakhir aku jumpa Nasrul.
lama lepas tu aku kwn ngan budak bomba Saiful..dia minat kat aku,tp aku yg x nk..bg aku takat kwn jer boley la..aku x nk couple2..so stop takat tu jer la...

Aku juga aktif bersukan atau apa saja aktiviti lasak..masa tu aku ada game kat kem tentera sg besi..mcm biasa la aku memang x nk,tp kwn2 aku semua rembat sorg 1..aku pon x kisah sgt pasal laki ni..sebab memang aku x minat..masa tu Alam nk berkenalan dgn aku..aku ngan kwn pgi dating aku bg kat adik aku si Alam tu berkenalan..


tahun berikutnya aku start kja kat tempat baru..masa tu tgh aku kja ada la leftenan muda TUDM nie nk melawat kwn dia waktu mlm..so aku lepaskan coz atas urusan keja..tiba2 lepas tu dia minta no aku..aku bg jer la,esoknya dia kata nk jumpa ngan aku kat tasik so aku bawa la adik aku yg mangsa keadaan tu..time tu adik pompuan aku skolah lg..masa tunggu tu aku ckp kat adik aku yg aku x minat pon ngan dia tpi takat kwn..so Iskandar nie dtg ngan kwn dia Man.
pendekkan citer yg Man kwn ngan adik aku..dan aku mcm biasa la xder jawapan pun kat Iskandar.
So jadikan citer adik aku tu rupanya si Man buat sandaran jer sebab nak cuba dapatkan aku rupanya..sanggup dia nk couple ngan adik aku semata2 nk kan aku..aku memang marah betul adik aku time tu sebab lurus x bertempat..kemana saja aku pergi pasti Man tu nk tau..ada sekali tu masa aku tgh ada latihan kayak kat Titiwangsa tetiba aku nampak Man ngan adik aku dtg semata2 nk tgok aku..sejak tu aku betul2 marah dan suruh adik ku putuskan hubungan n adik aku pun perasan akan hal tu..akhirnya dorg putus.

Aku meneruskan hidupku dgn impian..yg aku masih x perasan mereka2 disekelilingku..masa tu aku ada game net ball kat Titiwangsa dan time tu plak ada program derma darah dan banyak la rekrut2 polis kat situ..kebetulan plak adik lelaki aku rekrut satu kumpulan yg ada kat situ..so pendekkan citer nama dia Syafiq dia baik perkenalan itu aku rasakan yg terbaik antara semua.pendekkan citer gak aku masih mcm tu..tetap x bg jawapan untuk soalan dia..so masa dia tamat latihan aku ada sama coz adik aku pon tamat latihan..kami jumpa kjap n aku bg tau dia yg aku hanya anggap dia kwn..dia boley terima dan kami jd kwn baik tp aku tahu dia masih berharap aku bukakan pintu hati ku utk dia..rasa nya 1tahun kami kawan on off.n last skali masih sama mcm yg sebelumnya..

aku sendiri kadang2 x tahu kenapa susah sgt nk buka pintu hati nie?..masa tu aku tgh main futsal kat padang depan tasik..so aku short kan citer kenal ngan budak askar nie nama dia Mizan so kwn baru seminggu tangan dh merayap..klu merayap kat tempat tertentu kompom aku bg sebijik!..aku blah tinggalkan dia mcm tu jer..so bertambah kuat la pikiran aku tentang lelaki yg memang perosak..lg la susah aku nk caya kat kaum Adam nie..pastu aku kenal plak ngan sorg bdk nie nama dia Asyraf  masa tu aku kja sementara kat LHDN.dia pun nasib yg sama gak ngan yg lain..pastu makcik aku kenalkan aku ngan saudara dia Dr kat hospital besar aku xnk..pastu makcik aku kenalkan plak ngan sepupu aku punya kwn masa tu dia kja kat dubai..arkitek nama dia Mahadi. so aku x nk gak..semua aku buat kwn biasa jer..aku pon x tahu kenapa?..mereka ok jer dri segi paras rupa pekerjaan..emmm entah la..

 lepas tu aku kenal sorg nie plak polis dia pegawai kat Maktab Pegawai Kanan PDRM tu..so dia tua sthun dr aku..baik gak nama dia Ed Rohaizad aku kwn ngan dia mcm tu gak..tiba2 dia nk jujur ngan aku konon nk serius.dia citer semua kisah silam dia pada aku..aku memang x leh accpt..coz aku x suka org berzina..bg aku zina tu memang perkara yg aku paling x boley maafkan..so aku tinggalkan dia mcm tu jer..maaf!..entah la nk citer banyak pon x guna..si Ijat budak bomba tu pon sama..mcm tu gak aku tolak buta2
banyak sgt yg aku x beri peluang..malas nk citer lg..penat..ramai lg..tp yg terbaru dgn sorg budak bomba nie..nama dia Daus dia sama gak perangai mcm Ed Rohaizad.. cerita silam yg aku x leh accpt..entah la..ramai lagi lelaki yg aku x ingat nama2 dorg..malas aku nk citer lg..huh!..

Sebenarnya aku x pernah mencari cinta..dan x berminat apa pun tentang cinta manusia..
bagi aku mencintai adam adalah perkara yang harus aku jauhi..coz kalau aku x cukup kuat akan ujian yang Allah turunkan padaku tentang cinta pasti aku sama jer mcm pompuan2 yang lain...berkorban apa saja..emmm..
kadang2 ada antara kwn2 ku yang bertanya padaku..mungkin aku mempunyai cerita silam yang menyebabkan aku x accpt sapa2..
wakakakakaka..lawak jer soalan tu..tentu sekali tidak!..aku xder masa silam dgn mana2 lelaki..nk buang masa ngan lelaki pon aku x suka...
Sebenarnya mungkin keadaan sekeliling yang mempengaruhi aku..sepanjang perjalanan aku melalui setiap perwatakan manusia yang bernama lelaki dan pengalaman kwn2 perempuan dan juga wanita2 lain dan
semua ini membuatkan minda dan hatiku tertutup untuk melihat walau sedikit pun kebaikan yang ada pada lelaki...

ye..bukan semua lelaki mcm tu..tp mata aku dh tertutup terlalu rapat untuk mencuba dan melihat sendiri akan pengalaman tu...kenapa aku melihat atas pengalaman org lain..huhuhuhu...aku cuba berubah..aku try pikir yg positif pasal lelaki...entah la..buat kwn2 yg mengenali aku..nie la citer sebenar kenapa aku kureng sikit pasal lelaki..coz lelaki ni rumit nk dipikirkan..

Tapi kini aku cuba membuka ruang dlm hatiku...............


Nota kaki: Berdoa selalu kepada Allah..supaya Allah biarkan aku jatuh cinta..andai cinta yang Allah kurniakan kepadaku itu membuatkan hatiku patah..aku xkan berkecil hati padamu Allah..kerana aku sedia redha..


Aku muncul balik

As salam.. Hari ni aku muncul balik setelah sekian lama menyepi..hilang dari radar..bukan sebab aku dah xnk menulis..tapi aku cuba pendamkan...