Sunday, September 2, 2012

TetaMu HaTikU..


Hampir setahun berlalu..namun tidak pernah sedikit pun aku mencoretkan wardah tentang tetamu hatiku ini..
Aku mengenali mu lewat hati..walaupun lambat tp aku teruskan mengenali hati budi mu walau aku rasa ianya satu perjudian kehidupan..adakalanya penyesalan bertandang utk sekian kalinya aku rasakan aku salah atau diakah yg silap..mungkin ada hikmah disebalik semua ini..aku cuba untuk bertahan..tp aku sendiri menipu hatiku..jika dia orangnya mengapa aku harus melengahkan lg semua ini..hati ini dah cukup penat..kadang2 aku ragu2 ngan hatiku..mungkin aku keliru..atau mungkin semua ini memang jalan untuk aku..tp aku masih sangsi dgn kehadiran org asing yang cuba bertandang di hati ini..adakalanya aku rasakan yg hati ini boleh ditipu..

hampir setahun aku relakan tetamu hati ini..aku biarkan sehingga aku benar2 kalah dgn dunia yg kami cipta sendiri...adakalanya aku tewas dan melanggar prinsip hidupku..aku benar2 jatuh..di saat aku jatuh aku cuba memberi peringatan utk diriku sendiri..supaya aku tidak terus jatuh..sesungguhnya aku harus membiarkan dia hanyut dan pergi dari hati ini...atau aku sudah terlalu lewat utk berbuat demikian..
dia sepatutnya bertamu dihati insan lain yg lebih layak..

keserasian yg semakin pudar dan aku tahu dia juga penat dgn karenah aku..aku tiada niat utk mempermainkan cinta..aku cuba mempertahankan pertalian ini sebaik mungkin..walau adakalanya aku dh terlalu malas utk berfikir lg..mungkin
dia bukan untuk aku..dia ada kehidupannya sendiri..seperti aku juga..kami ada cara kami sendiri..

mcm2 aku lakukan supaya dia membenci aku dan berlalu pergi..
andai suatu hari nanti dia beredar dari hati ini..aku akan pastikan  yg tiada lg tetamu2 yg akan singgah bertandang..kerana saat itu hati aku telah tiada lg...dialah tetamu pertama dan terakhir...

No comments:

Post a Comment

Aku muncul balik

As salam.. Hari ni aku muncul balik setelah sekian lama menyepi..hilang dari radar..bukan sebab aku dah xnk menulis..tapi aku cuba pendamkan...